Segala urusan perniagaan kini lebih mudah dilakukan atas talian dengan capaian Internet yang cekap - FOTO Hiasan
Segala urusan perniagaan kini lebih mudah dilakukan atas talian dengan capaian Internet yang cekap - FOTO Hiasan
Oleh Nurshafika Suhaimi

PERNIAGAAN dalam talian kini dilihat bagaikan cendawan tumbuh apabila semakin ramai individu mula menceburi bidang perusahaan.

Kemunculan perusahaan digital selari dengan transformasi perniagaan dalam talian yang memuncak masa kini. 

Antara kebaikan perniagaan secara digital sudah pastinya memberi peluang kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan bukan sahaja di Malaysia, malah global.

Hanya dengan sambungan Internet, segala urusan perniagaan boleh dilakukan atas talian secara maya tidak kira masa dan di mana jua. 

Jimat masa, kos

Antara manfaat lain sudah pasti menjimatkan masa dan kos peniaga daripada urusan pembelian sehingga pembayaran. 

Peniaga tidak perlu bimbang tentang kos sewa tapak perniagaan serta kos upah pekerja yang biasanya lebih tinggi berbanding perniagaan dalam talian.

Dari segi pembayaran, sudah pasti lebih mudah dan selamat dengan teknologi perbankan internet hari ini yang telah menjadi norma baharu dalam masyarakat.

Mobiliti

Selain itu, peniaga boleh memantau pesanan hanya melalui platform perniagaan atas talian yang telah dilancarkan dengan menggunakan hujung jari. 

Peniaga hanya memerlukan sebuah komputer atau tablet dan capaian internet yang baik.

Tingkat keupayaan komunikasi 

Di samping itu, perniagaan atas talian juga dilihat sebagai medium baik dalam meningkatkan keupayaan komunikasi peniaga terutama mereka yang masih menceburi bidang perniagaan.

Sebagai contoh, peniaga harus menggunakan platform sosial media bagi berkongsi promosi baharu dan akan datang dengan pelanggan.

Secara tidak langsung, peniaga dapat membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan.

Pemasaran meluas

Selain daripada modal dan strategi pemasaran, kemudahan capaian internet sangat penting bagi memastikan kelangsungan perniagaan. 

Capaian Internet yang tiada had menjadikan proses globalisasi bergerak lebih pantas. 

Kesannya, perniagaan dalam talian atau e-dagang dilihat menjadi penyumbang utama dalam industri perniagaan dunia secara amnya. 

Rentetan senario itu, Unifi Business memperkenalkan rangkaian penyelesaian perniagaan mereka dengan fiber yang diubah suai untuk menyokong PMKS di Malaysia dalam mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka. 

Terkenal sebagai penyelesaian perniagaan yang tersusun serta dikuasakan dengan Internet yang pantas dan stabil, rangkaian penyelesaian perniagaan ini merangkumi perlbagai kelajuan Internet, bermula dari 100 mbps hingga 800 mbps. 

unifi Cloud Storage

Antara penyelesaian perniagaan yang ditawarkan termasuk Unifi Cloud Storage yang akan membantu perniagaan menguruskan tugas menyimpan maklumat berharga.

Penyelesaian ini menawarkan storan data yang fleksibel, selamat dan berskala, sekali gus memberi jaminan keselamatan perniagaan dengan lebih baik.

Dihoskan secara tempatan di kemudahan TM Green Data Centre, Unifi Cloud

Storage membantu perniagaan menyediakan ruang penyimpanan yang selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh memberi tumpuan kepada pembangunan dan keuntungan. 

Unifi eCommerce Hub

Selain itu, Unifi Business turut menyediakan penyelesaian Unifi eCommerce Hub yang direka bentuk untuk menyambung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan yang lancar.

Usahawan boleh menyeragamkan saluran jualan luar talian dan dalam talian mereka, menguruskan inventori produk, pesanan, memantau jualan dan pendapatan, serta menguruskan pertanyaan di media sosial. 

Apa yang penting, penyelesaian ini membolehkan mereka membina laman web dengan ciri pembayaran dalam talian serta rakan penghantaran yang tersedia.

Penyelesaian Keselamatan Siber

Untuk membantu PMKS melindungi perniagaan mereka, Unifi Business menawarkan pakej penyelesaian keselamatan bagi melindungi perniagaan daripada ancaman siber.

Antara perisian yang disertakan adalah pengurusan kata laluan yang memastikan data dan fail kekal selamat bagi membolehkan PMKS menumpukan kepada perkara lebih penting  seperti menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu bimbang.

Kaspersky Small Office Security menggabungkan perlindungan komputer dengan keupayaan khas bagi memastikan perniagaan kekal dilindungi.

Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka dunia, Kaspersky, penyelesaian ini melindungi maklumat penting kepada perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT, justeru menawarkan :Always On-Security for Always-On Businesses'.

Kelebihan unifi Business Club (uBC)

Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan perniagaan, Unifi Business memperkenalkan Unifi Business Club (uBC) bertujuan untuk membimbing PMKS dalam perjalanan digitalisasi dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan.

Terbuka kepada semua pelanggan perniagaan Unifi Business, Pasukan Perunding Perniagaan Unifi bertauliah diperakui dengan Pensijilan Antarabangsa untuk Literasi Digital (International Certification for Digital Literacy – ICDL) menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan sesuai dengan keperluan dunia perniagaan yang mencabar.

Semua pelanggan Unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli uBC, termasuklah akses kepada kandungan bermanfaat seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan di portal  https://ubc.unifi.com.my.

Lebih menarik,  ahli uBC juga mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Sehingga kini, uBC menyokong lebih 380,000 perniagaan dari semua saiz dan industri dan berhasrat untuk terus memastikan kedudukannya sebagai rakan kongsi digital pilihan PMKS.

Sebagai tambahan kepada penyelesaian digital, PMKS kini boleh menikmati penjimatan. Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran penyelesaian perniagaan terbaharu Unifi, layari www.unifi.com.my/business/totalsolutions

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Disember 2022 @ 6:31 PM