Nurshafika Suhaimi

INTERNET menjadi inovasi terpenting yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai tugasan dalam kehidupan sosial termasuklah bidang perniagaan.

Walaupun tidak menjalankan keseluruhan perniagaan secara dalam talian, usahawan masih boleh mendapat manfaat daripada sambungan Internet perniagaan yang mantap.

Antara kelebihan utama untuk syarikat sudah pastinya dapat menguruskan tugas dan perkhidmatan, sama ada dalaman atau luaran dengan lebih cekap berbanding tanpa Internet.

Komunikasi mudah, pantas

Jika dahulunya, sebuah syarikat atau organisasi terpaksa melakukan segala urusan secara manual yang mengambil masa yang lama.

Kini, dengan adanya jaringan Internet yang luas, usahawan boleh berhubung dengan sesiapa sahaja tidak kira jaraknya sama ada di tempat terpencil atau di luar negara bagi membolehkan kolaborasi perniagaan.

Ini sekali gus dapat mengembangkan perniagaan mereka di mana-mana sahaja sama ada secara peribadi atau berkumpulan.

Pencarian maklumat lebih cekap

Ledakan teknologi maklumat dengan kelahiran Internet hari ini membolehkan usahawan menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.

Dengan segala pangkalan data dan maklumat, sudah pasti sesebuah syarikat mampu memperoleh manfaat dengan pelbagai sumber informasi tanpa sempadan. 

Dari komunikasi atas talian, pelayaran Internet hinggalah kepada urusan pemindahan dokumen, segalanya lebih pantas dengan akses Internet. 

Pemasaran lebih meluas

Sebelum era digital bermula, usahawan kecil menghadapi situasi sukar mengembangkan perniagaan mereka kerana kekangan modal serta memerlukan lokasi fizikal.

Kini, dengan evolusi Internet, syarikat boleh memulakan perniagaan tanpa perlu bimbang kerana segalanya boleh dilakukan di rumah.

Bukan itu sahaja, usahawan dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka secara domestik atau antarabanga melalui beberapa platform e-dagang yang menawarkan penjualan produk secara dalam talian. 

Tingkat produktiviti kerja, perniagaan

Pasca pandemik menyaksikan kepentingan penggunaan internet mempengaruhi produktiviti bekerja apabila semakin ramai mula bekerja dari rumah (BDR).

Dengan adanya perkhidmatan dan capaian data yang lebih baik, cabaran bekerja lebih mudah untuk ditangani.

Bukan itu sahaja, Internet juga merupakan perkara penting yang membawa banyak nilai kepada perniagaan. 

Sebagai contoh, usahawan dapat membawa pelanggan berhubung di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan kelajuan internet pantas memberikan usahawan kemungkinan tanpa had untuk pertumbuhan perniagaan.

Bagi memenuhi keperluan perniagaan, unifi Business melancarkan rangkaian penyelesaian buat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia, yang membantu mempercepat transformasi perniagaan digital mereka. 

unifi Business tawar penyelesaian perniagaan untuk PMKS


unifi Business menawarkan ekosistem bersepadu perundingan, ketersambungan, penyelesaian digital dan perkhidmatan khusus bagi memastikan kedudukannya sebagai rakan kongsi digital pilihan untuk PMKS.

Penyelesaian ini dicipta khas untuk pemilik perniagaan supaya mereka boleh menikmati lebih banyak penjimatan sehingga 24 bulan.

Dengan serendah RM139, usahawan boleh menikmati perkhidmatan unifi Business Fibre plus dan unifi Cloud Storage untuk kegunaan perniagaan mereka.

Untuk pelan terpilih, ia dilengkapi pelbagai kelajuan capaian internet bermula daripada 100Mbps hingga 800Mbps yang pantas dan stabili. 

unifi Cloud Storage

Antara penyelesaian perniagaan yang ditawarkan termasuk unifi Cloud Storage yang akan membantu perniagaan menguruskan tugas menyimpan maklumat berharga.

Penyelesaian ini menawarkan storan data yang fleksibel, selamat dan berskala, sekali gus memberi jaminan keselamatan perniagaan dengan lebih baik.

Dihoskan secara tempatan di kemudahan TM Green Data Centre, unifi Cloud Storage menyediakan tempat selamat untuk fail dan maklumat penting supaya perniagaan boleh fokus untuk berkembang.


unifi eCommerce Hub

Selain itu, unifi Business turut menyediakan penyelesaian unifi eCommerce Hub yang direka bentuk untuk menyambung dan memaksimumkan peluang pertumbuhan yang lancar.

Usahawan boleh menyegerakan saluran jualan luar talian dan dalam talian, mengurus inventori produk, pesanan, memantau jualan dan hasil, serta mengurus pertanyaan media sosial.

Apa yang penting, penyelesaian ini membolehkan mereka membina tapak web interaktif dalam talian dengan ciri pembayaran dan perkhidmatan rakan kongsi penghantaran.

Penyelesaian Keselamatan Siber

Untuk membantu PMKS melindungi perniagaan mereka, unifi Business menawarkan pakej penyelesaian keselamatan bagi melindungi perniagaan daripada ancaman siber.

Antara perisian yang disertakan adalah pengurusan kata laluan yang memastikan data dan fail kekal selamat bagi  membolehkan PMKS menumpukan kepada perkara lebih penting  seperti menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu bimbang.

Disokong oleh penyedia keselamatan siber terkemuka dunia, penyelesaian ini dapat melindungi perkara penting yang penting kepada perniagaan tanpa mengira tahap kemahiran IT.

Kelebihan unifi Business Club (uBC)

Dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan perniagaan, unifi Business memperkenalkan unifi Business Club (uBC) bertujuan untuk membimbing PMKS dalam perjalanan digitalisasi dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan.

Terbuka kepada semua pelanggan perniagaan unifi Business, unifi Business Club menawarkan sokongan dan bimbingan secara berterusan sesuai dengan keperluan dunia perniagaan yang mencabar.

Semua pelanggan unifi Business akan dapat menikmati faedah sebagai ahli uBC, termasuklah akses kepada kandungan bermanfaat seperti webinar, bual bicara, sembang langsung, acara, tips perniagaan dan artikel untuk membantu mereka mengharungi dunia perniagaan di portal  https://ubc.unifi.com.my.

Lebih menarik,  ahli uBC juga mendapat akses kepada bantuan kewangan, penggalak produktiviti, platform pemasaran digital, alatan dan program penglibatan komuniti yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan perniagaan.

Sebagai tambahan kepada penyelesaian digital, PMKS kini boleh menikmati penjimatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran penyelesaian perniagaan terbaharu unifi, layari www.unifi.com.my/business/totalsolutions

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 2:36 PM