DR Noor Azmi pada sidang media majlis ulang tahun ke 10 sedekad bersama Hospital Rehabilitasi Cheras hari ini. FOTO Rohanis Shukri
DR Noor Azmi pada sidang media majlis ulang tahun ke 10 sedekad bersama Hospital Rehabilitasi Cheras hari ini. FOTO Rohanis Shukri
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: "Saya sihat lagi," kata Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ringkas secara berseloroh.

Dr Noor Azmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan I memberi bayangan untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau memberi reaksi demikian ketika ditanya sama ada akan bertanding pada PRU-15, mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Serai.

Pada Mei lalu media melaporkan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada PRU-15.

Dr Noor Azmi berkata, keputusan sama ada beliau akan dicalonkan atau tidak pada PRU-15 nanti diserahkan sepenuhnya kepada pucuk kepimpinan parti.

"Setakat ini saya tidak tahu tentang perkara itu (Wan Fayhsal mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai). Apa-apa pun kita serahkan kepada keputusan pucuk pimpinan dalam parti dan rakyat," katanya.

Untuk rekod, Dr Noor Azmi mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Serai dengan majoriti 172 undi dalam pertembungan tiga penjuru atas tiket Barisan Nasional (BN).

Beliau kemudiannya menyertai Bersatu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 September 2022 @ 7:18 PM