FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Putrajaya: Jumlah kelahiran hidup pada suku kedua tahun ini meningkat 0.2 peratus iaitu daripada 110,657 kelahiran pada suku kedua 2021 kepada 110,858 kelahiran pada 2022, menurut stastistik demografik terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM dalam satu kenyataan memaklumkan, suku kedua 2022 merekodkan seramai 56,801 kelahiran bayi lelaki dicatatkan manakala 54,057 bayi perempuan.

Menurut kenyataan itu Selangor mencatatkan kelahiran hidup paling ramai dengan 22,017 kelahiran atau 19.9 peratus, manakala Labuan mencatatkan kelahiran terendah dengan 413 kelahiran.

Kenyataan DOSM menyebut sejumlah 46,772 kematian dicatatkan pada suku kedua 2022, menurun 6.9 peratus berbanding suku kedua 2022 (50,130 kematian).

"Sejumlah 655 kematian berkaitan dengan Covid-19, yang menyumbang 1.4 peratus dari jumlah keseluruhan kematian pada suku kedua 2022," menurut kenyataan itu.

Kenyataan DOSM itu menyebut populasi Malaysia dianggarkan seramai 32.7 juta pada suku kedua 2022 yang juga peningkatan 0.2 peratus, berbanding 32.6 juta pada suku kedua 2021.

Tiga negeri dengan populasi tertinggi ialah Selangor iaitu 21.6 peratus, diikuti Johor 12.3 peratus dan Sabah 10.4 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 4:33 PM