GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Safeek Affendy Razali


Kuala Lumpur: Polis sudah merakamkan kenyataan rakaman sekurang-kurangnya 10 saksi berkaitan siasatan kes kebocoran keputusan penghakiman Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara saksi dan pegawai mahkamah yang sudah dirakam percakapan termasuk hakim Mahkamah Tinggi, untuk membantu siasatan ke atas dakwaan 'draf penghakiman' bocor mengenai kes rasuah Rosmah.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata kenyataan itu diambil daripada kakitangan bahagian penyelidikanmahkamah dan Hakim Zaini Mazlan, yang mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan semalam membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

"Pada masa ini siasatan masih berlangsung dan setakat ini sekurang-kurangnya kita sudah merakam kenyataan dari kurang 10 saksi.

"Dalam masa terdekat beberapa saksi lain turut akan dipanggil membantu siasatan," katanya kepada BH hari ini.

Beh berkata pihaknya sedang dalam proses mengenal pasti mereka di sebalik kebocoran yang didakwa itu.

Pada 29 Ogos lalu, blogger Raja Petra Kamarudin berkongsi dokumen itu di laman webnya dengan mendakwa bahawa keputusan penghakiman yang mendapati isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu bersalah telah pun ditulis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 September 2022 @ 9:45 PM