MUKHRIZ menerima borang keahlian daripada wakil anggota baru parti Azhar Hambali (tiga kanan). FOTO Aswadi Alias.
MUKHRIZ menerima borang keahlian daripada wakil anggota baru parti Azhar Hambali (tiga kanan). FOTO Aswadi Alias.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kajang: Seramai 680 bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua menyerahkan borang menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, penghijrahan ahli parti itu sekali gus menutup Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bersatu di Dusun Tua.

"Penghijrahan ini ada dua perkara berlaku satu lagi ialah lumpuhnya jentera lawan kita, bila dua-dua berlaku saya kira akan memberi kesan kepada orang lain yang melihat.

"Kita tidak umumkan (jumlah ahli) tetapi semakin hari semakin bertambah seperti yang diumumkan Tun (Tun Mahathir) jumlah keahlian paling ramai adalah dari Sabah yang kedua tertinggi ialah dari Kedah," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Pejuang di sini, hari ini.

Terdahulu Mukhriz menerima borang penyerahan ahli pejuang daripada wakil belas Ahli Bersatu DUN Dusun Tua.

Mukhriz berkata, tumpuan kini diberikan kepada ahli bagi melatih jentera bersedia susulan 'gendang' pilihan raya yang dimainkan.

"Kerja-kerja mengenalpasti kawasan dan calon masih lagi berjalan dan kita mula nak bincang berhubung perkara berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 11:38 PM