KPDNHEP mendenda pemilik kedai di kerana menjual minyak masak botol melebihi harga siling runcit. FOTO KPDNHEP
KPDNHEP mendenda pemilik kedai di kerana menjual minyak masak botol melebihi harga siling runcit. FOTO KPDNHEP
Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Lelaki warga Pakistan yang juga pemilik sebuah kedai runcit di Ketereh di sini, didenda kerana menjual minyak masak botol melebihi harga siling runcit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan Aswadi Jaafar berkata, berpandukan aduan pengguna, anggotanya menyamar sebagai pembeli.

"Anggota kami membeli sebotol minyak masak lima kilogram yang dijual pada harga RM41.90 dan ia melebihi harga siling runcit ditetapkan kerajaan.

"Melalui bukti termasuk resit pembelian, kami menyita lima botol minyak masak lima kilogram berjumlah RM209.50. Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan2011," katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut Aswadi, pemilik premis warga Pakistan itu perlu mengemukakan maklum balas dalam masa yang ditetapkan berkaitan kes terbabit.

Untuk rekod, harga siling runcit minyak masak tulen kemasan botol yang ditetapkan kerajaan ialah RM7.70 untuk sekilogram, RM14.70 (dua kilogram), RM21.70 (tiga kilogram) dan RM 34.70 untuk lima kilogram.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2022 @ 12:26 PM