Omar Ahmad

Johor Bahru: Peniaga burger yang meletakkan alat menghisap vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan, direman selama lima hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek, 23, dikeluarkan Majistret R Salini di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek sebelum itu tiba di pekarangan mahkamah pada 8.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, suspek ditahan polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada 12.45 tengah hari.

Polis menerima laporan kejadian oleh ibu bayi berkenaa, Sabtu lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam video tular berdurasi 16 saat, kelihatan lelaki meletakkan vape di mulut bayi itu sambil ketawa kecil selain turut kedengaran suara wanita seolah terhibur dengan tindakan lelaki terbabit.

PENIAGA burger (kiri) di Mahkamah Majistret Johor Bahru. FOTO Omar Ahmad
PENIAGA burger (kiri) di Mahkamah Majistret Johor Bahru. FOTO Omar Ahmad

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2022 @ 12:33 PM