Lebih menarik, dapatkan lebih 1.5 peratus ganjaran di mana sahaja anda berbelanja  - FOTO Hiasan
Lebih menarik, dapatkan lebih 1.5 peratus ganjaran di mana sahaja anda berbelanja - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

NORMALISASI penggunaan e-dompet kini menjadi satu pemudah cara bagi setiap individu dalam melaksanakan urusan seharian.

Menerusi transaksi berasaskan dalam talian menerusi aplikasi e-dompet, proses ini dilihat lebih memudahkan urusan serta menjimatkan masa pengguna dalam membuat sebarang pembayaran.

Antara aplikasi yang menjadi pilihan utama pengguna adalah Grab iaitu e-dompet GrabPay.

Secara ringkasnya, GrabPay merupakan antara e-dompet yang membolehkan pengguna membayar secara dalam talian dan di kedai yang menerima DuitNow QR tanpa perlu menggunakan wang kertas fizikal.

Tidak hanya terhad kepada pembelian makanan dan barangan runcit, e-dompet GrabPay turut digunakan secara meluas untuk membeli belah secara dalam talian dengan cara mudah.

Pulangan ganjaran lebih berbaloi!

Berita baik buat pengguna Grab, Grab kini sudah menaik taraf program kesetiaannya untuk menawarkan lebih banyak ganjaran kepada pengguna apabila anda membayar dengan GrabPay atau PayLater by Grab.

Secara ringkas, GrabPay adalah e-dompet yang membolehkan anda membuat transaksi pembayaran secara dalam talian dan kedai.

GrabPay membolehkan anda membuat pembayaran secara dalam talian dengan mudah.

Tidak hanya terhad kepada membeli-belah dalam talian, GrabPay turut membolehkan anda membuat pembayaran secara dalam talian dengan mudah untuk penggunaan perkhidmatan e-hailing Grab, GrabFood, dan GrabMart!

Anda boleh menggunakan GrabPay untuk membayar di mana-mana kedai yang menerima DuitNow QR.

Selain itu, PayLater by Grab membolehkan anda menyatukan bil anda dan membayar pada bulan berikutnya, atau secara ansuran selama empat bulan.

Dengan ciri ini, anda juga boleh menjejaki perbelanjaan bulanan anda di dalam aplikasi dan untuk jumlah yang lebih besar anda boleh menggunakan PayLater untuk membahagikan bil anda.

Namun anda perlu membayar satu perempat daripada jumlah bil tertunggak terlebih dahulu.

Lebih menarik, GrabPay dan PayLater by Grab tiada sebarang faedah, yuran atau caj tersembunyi selagi anda membuat pembayaran balik tepat pada masanya.

Ganjaran sehingga 1.5 peratus

Grab turut berbesar hati untuk memberikan lebih ganjaran sehingga 1.5 peratus dan untuk melayakkan diri untuk mendapat ganjaran ini anda perlu mendaftar untuk GrabUnlimited.

Jangan risau, untuk mendaftar anda hanya perlu membayar satu sen kadar untuk bulan pertama, dan RM4.90 pada bulan berikutnya.

Tambahan pula, dengan GrabUnlimited anda dapat melihat senarai keseluruhan faedah, seperti baucar penghantaran percuma, kod promosi yang boleh digunakan untuk penjimatan yang lebih besar!

Setiap transaksi melalui GrabUnlimited anda akan menerima 1.5 mata ganjaran GrabRewards dengan setiap nilai RM1 yang dibelanjakan.

Menariknya, sekiranya anda membelanjakan sejumlah RM1,000 anda akan menerima 1,500 mata ganjaran GrabRewards.

Sekiranya anda ingin menebus baucar, bagi nilai RM5 anda perlu menebus sebanyak 750 mata ganjaran GrabRewards.

Istimewanya pengguna GrabUnlimited, anda hanya memerlukan 500 mata ganjaran Grabrewards untuk menebus RM5 baucar.

Sekiranya anda membelanjakan RM1,000, jangan lupa untuk tebus baucar diskaun Grab berjumlah RM15! Jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menerima ganjaran 1.5 peratus untuk setiap transaksi yang dibuat dengan GrabPay dan PayLater.

Buat bukan pengguna GrabUnlimited, anda juga masih boleh menikmati nilai ganjaran pulangan sebanyak 0.5 peratus apabila anda berurus niaga dengan GrabPay atau PayLater.

Dengan lebih nilai menakjubkan yang ditawarkan, anda kini boleh memperoleh lebih banyak ganjaran dan membuat penjimatan hanya dengan menggunakan GrabPay atau PayLater untuk perbelanjaan harian anda.

Kini, pengguna dapat menikmati harga yang lebih rendah selain daripada perkhidmatan premium oleh Grab dengan GrabUnlimited!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web GrabUnlimited.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 2:13 PM