LOKASI kejadian percikan elektrik yang menjejaskan bekalan elektrik terputus di PMU North Yong Peng. FOTO Essa Abu Yamin
LOKASI kejadian percikan elektrik yang menjejaskan bekalan elektrik terputus di PMU North Yong Peng. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: Lokasi kejadian percikan elektrik yang menjejaskan bekalan elektrik terputus di Pencawang Masuk Utama (PMU) North Yong Peng hari ini berjaya dipadam dan terkawal.

Tinjauan NSTP di lokasi kejadian mendapati kawasan berkenaan dalam keadaan selamat dan tiada sebarang percikan elektrik yang berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video menunjukkan lokasi percikan elektrik berwarna biru di sebuah pencawang elektrik yang berlaku dipercayai di kawasan Yong Peng, Johor.

Sementara itu, dalam kenyataan media yang dikeluarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati gangguan bekalan yang bermula pada 12.39 tengah hari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di PMU Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

TNB memaklumkan pihaknya berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada 3.02 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Julai 2022 @ 7:03 PM