Tun Mohd Ali menganugerahkan DGSM Kehormat kepada Probowo. FOTO Amir Mamat
Tun Mohd Ali menganugerahkan DGSM Kehormat kepada Probowo. FOTO Amir Mamat
Amir Mamat


Ayer Keroh: Menteri Pertahanan Indonesia, Datuk Seri Probowo Subianto dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) Kehormat yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Istiadat khas yang diadakan sempena kunjungan Probowo yang juga Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) ke Melaka sempena penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung selama enam hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini bermula malam ini.

Turut hadir pada istiadat berkenaan ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri merangkap Exco Pengiring, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Julai 2022 @ 6:36 PM