CUACA mendung di kawasan pantai Melaka barat di daerah Alor Gajah hari ini. FOTO Hassan Omar
CUACA mendung di kawasan pantai Melaka barat di daerah Alor Gajah hari ini. FOTO Hassan Omar
Hassan Omar

Alor Gajah: Hujan di kebanyakan daerah di negeri ini pagi tadi, meredakan kebimbangan penduduk selepas daerah ini diletakkan sebagai lokasi paling panas di Malaysia oleh Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) kelmarin.

Daerah Alor Gajah dikategorikan MetMalaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selepas suhu maksimum harian dicatatkan berada antara 35 hingga 37 darjah celcius.

Hujan renyai-renyai pada jam 9 pagi tadi membuatkan penduduk daerah ini bersyukur dan menarik nafas lega selepas mengalami cuaca panas terik sejak seminggu lalu.

Meskipun hujan tidak lebat namun mereka lega kerana sekurang-kurangnya suhu turun kurang 35 darjah celcius.

Penduduk, Othman Ibrahim, 63, berkata, cuaca panas dialami penduduk sejak seminggu lalu menyebabkan ramai yang gusar bakal berlaku kemarau diikuti masalah bekalan air.

Menurutnya, keadaan panas itu turut dirasai pada waktu malam hingga menyebabkan penduduk berasa rimas dan tidak selesa,

"Alhamdulillah, hujan pagi ini (semalam) diikuti cuaca mendung hingga ke petang melegakan saya dan nelayan lain," katanya ketika ditemui di Kampung Pengkalan Balak, di sini.

Sementara itu bagi ramalan cuaca MetMalaysia memaklumkan ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat di negeri ini pada sebelah pagi tadi dengan suhu minimum adalah 24 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius.

Pix 1-4: Cuaca mendung di kawasan pantai Melaka barat di daerah Alor Gajah tadi

Pix 5: Othman Ibrahim, 63.

- Foto HASSAN OMAR

From: HJ HASAN

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2022 @ 4:31 PM