Mangsa lemas, Hakimi Mohd ditemui pada jam 6.56 petang. FOTO IHSAN BOMBA
Mangsa lemas, Hakimi Mohd ditemui pada jam 6.56 petang. FOTO IHSAN BOMBA
Muhaamad Hafis Nawawi


Kajang: Dua beranak yang terjatuh ketika bot dinaiki mereka terbalik di Jalan Kolam Takungan Taman Cahaya Sungai Chua, di sini, sudah ditemui petang ini oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa lemas itu adalah Mohd Adnan Johdi, 50-an ditemui jam 5.12 petang sementara anak lelakinya, Hakimi Mohd Adnan, 15, ditemui jam 6.56 petang.

Menurutnya, seorang lagi anak mangsa iaitu Mohamad Mustaqim Mohd Adnan, 17, selamat dalam kejadian itu.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan seorang remaja lelaki terselamat sementara bapa dan adik lelakinya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di Jalan Kolam Takungan Taman Cahaya Sungai Chua, di sini, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Dua beranak hilang, bot dinaiki terbalik
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 7:32 PM