GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Georgetown: Seorang nelayan ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak, di sini, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, pihaknya menggerakkan sebuah bot untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai M Rajendran, 56.

"Sebaik tiba di lokasi pada 3.15 petang, kami menemukan mayat mangsa dalam keadaan terapung berhampiran bot yang dinaiki bersama rakannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, menurut rakan, mangsa terjatuh ke dalam laut selepas kakinya terbelit di pukat ketika mereka sedang memukat ikan di perairan Pulau Jerejak.

Mayat dihantar ke Hospotal Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2022 @ 12:11 PM