FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Rapid KL akan memperkenalkan dua laluan bas perantara yang baharu bagi menampung keperluan penumpang LRT Laluan Kelana Jaya serta membolehkan pengguna menikmati perjalanan pulang dengan masa menunggu singkat ketika waktu puncak petang.

Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan itu ditawarkan bermula hari ini dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam bagi menghubungkan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Pasar Seni (Pintu B) dan Stesen LRT Universiti serta Stesen LRT KLCC (Hentian bas KLCC) dan Stesen LRT Wangsa Maju.

"Perkhidmatan bas sokongan ini akan mengambil penumpang di stesen LRT/ MRT yang dinyatakan dan tidak akan berhenti di stesen-stesen lain," menurut kenyataan itu.

Kekerapan bas adalah setiap 15 minit dan operasi laluan bas secara percuma ini ditawarkan dari Isnin hingga Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Jun 2022 @ 6:07 PM