ISMAIL Sabri (kiri) bertemu dan bertukar pandangan dengan Prayut Chan-o-cha, di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo. FOTO Facebook Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL Sabri (kiri) bertemu dan bertukar pandangan dengan Prayut Chan-o-cha, di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo. FOTO Facebook Ismail Sabri Yaakob
Rohaniza Idris

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dan bertukar pandangan dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Prayut Chan-o-cha, di Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia di Tokyo, Jepun semalam.

Perdana Menteri dan Perdana Menteri Thailand itu antara penyampai ucaptama di persidangan itu.

Ismail Sabri berkata, hubungan antara Malaysia dan Thailand sangat akrab.

"Perdagangan sempadan kedua-dua negara menyumbang AS$10.5 bilion (RM42.8 bilion).

"Kita saling perlu memerlukan dan semoga lebih banyak peluang kerjasama dapat diterokai untuk manfaat kedua-dua negara," katanya pada hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ismail Sabri hadir ke Persidangan ke-27 Nikkei Future of Asia yang dianjurkan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995.

Persidangan ini menghimpunkan pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Kehadiran Ismail Sabri adalah penampilan sulungnya dalam persidangan yang dianjurkan gergasi perniagaan Jepun itu.

Beliau tiba di Jepun pada 23 Mei bagi memulakan lawatan rasmi pertamanya ke negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 2:30 PM