ISMAIL Sabri (tengah) bersalaman dengan Mahathir ketika menghadiri majlis makan malam bersama para delegasi yang menyertai Persidangan Nikkei. FOTO BERNAMA
ISMAIL Sabri (tengah) bersalaman dengan Mahathir ketika menghadiri majlis makan malam bersama para delegasi yang menyertai Persidangan Nikkei. FOTO BERNAMA
Rohaniza Idris

Kuala Lumpur: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dan bertanya khabar dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada majlis makan malam Persidangan Nikkei di Tokyo, Jepun malam tadi.

Perdana Menteri berkata, Dr Mahathir berada di Jepun untuk turut memberi ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 itu hari ini.

"Saya menyampaikan ucaptama pada persidangan itu dalam bahasa Melayu semalam," katanya pada hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Pada pertemuan itu, kelihatan Ismail Sabri bersalam dengan Dr Mahathir sambil disaksikan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Persidangan Nikkei yang dianjurkan Nikkei Inc setiap tahun sejak 1995 menghimpunkan pemimpin kerajaan dan tokoh perniagaan bagi berkongsi visi untuk masa depan Asia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 3:50 PM