FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Rosman Shamsudin


Sungkai: Hujan lebat sehingga lewat petang tadi menyebabkan kawasan Trolak Pekan di sini, banjir akibat limpahan Sungai Trolak.

Selain rumah penduduk, Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dekat simpang masuk ke Trolak Pekan turut ditenggelami air dan ditutup sementara daripada kenderaan ringan.

Difahamkan, penduduk yang terjejas mula berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan.

Penduduk yang juga Ahli Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) Ibrahim Ahmad, 65, berkata, lebih 50 penduduk dipindahkan akibat limpahan sungai yang menenggelamkan kediaman mereka.

"Hujan lebat di kawasan hulu terutama di Felda Trolak Timur, Felda Trolak Utara, dan Felda Trolak Selatan dipercayai menyebabkan air sungai naik dan melimpah ke kawasan perumahan di sini (Trolak Pekan)," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau memaklumkan sehingga 8 malam tadi, pasukan penyelamat masih membantu penduduk yang terperangkap.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2022 @ 9:39 PM