SUSPEK dikenali sebagai Al Amin, 26, dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membabitkan kes bunuh rakan senegaranya. FOTO ihsan Polis
SUSPEK dikenali sebagai Al Amin, 26, dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membabitkan kes bunuh rakan senegaranya. FOTO ihsan Polis
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung: Polis sedang mengesan lelaki warga Bangladesh berkaitan kes bunuh lelaki senegara dalam pergaduhan di Sitiawan, di sini, 2 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek yang dikenali sebagai Al Amin, 26, dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membabitkan kes bunuh rakan senegaranya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Jika mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi terus pegawai penyiasat, Asisten Superitendan Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5077026 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana Balai Polis berdekatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, lelaki warga Bangladesh maut dibunuh rakan senegara dalam pergaduhan di tingkat atas bumbung bangunan kedai, di sini, 2 Mei lalu.

Mangsa, 39, dan suspek, 26, bekerja sebagai operator kilang dan tinggal di rumah sama bersama tujuh lagi lelaki warga Bangladesh.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mei 2022 @ 4:42 PM