GAMBAR hiasa. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasa. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Petaling Jaya: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan semua pelanggan lebuh rayanya untuk menyemak status kad Touch 'n Go sebelum perjalanan pulang ke kampung.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pengguna lebuh raya tidak dapat melepasi plaza tol jika status kad tidak aktif atau tamat tempoh dan ini boleh mengakibatkan kesesakan lalu lintas di plaza tol.

"Kami menasihatkan pelanggan yang mempunyai kad Touch 'n Go yang tidak aktif atau tamat tempoh untuk segera mendapatkan kad baharu daripada peruncit dan ejen jualan sah Touch 'n Go di seluruh negara.

"Memandangkan pelanggan lebuh raya mungkin tidak berpeluang melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020, kad Touch 'n Go tidak lagi aktif apabila tiada transaksi tol dibuat dalam tempoh 12 bulan berturut-turut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semakan boleh dibuat di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login.

Tambah Zakaria, sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan MyKad yang turut dilengkapi dengan cip Touch 'n Go dan boleh ditambah nilai untuk kegunaan di lebuh raya.

Pengguna juga boleh menggunakan kad keahlian Watsons mereka yang juga dilengkapi dengan cip Touch 'n Godi plaza tol ketika pulang ke kampung.

"Bagi kemudahan untuk menambah nilai Touch 'n Go, PLUS sudah menyediakan pusat tambah nilai di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) terpilih, mesinpengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka di sepanjang lebuh raya PLUS dankemudahan lain, termasuk 67 Kiosk Layan Diri (SSK) di plaza tol terpilih.

"Terdapat 22 kaunter Touch 'n Go di stesen minyak terpilih di sepanjang lebuh raya PLUS yang membolehkan mereka membuat tambah nilai tanpa caj.

"Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan tambah nilai Touch 'n Go, sila hubungi Touch 'n Go Careline di [email protected] atau layari www.touchngo.com.my," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 10:17 AM