ANTARA dokumen palsu yang berjaya dikesan hasil siasatan yang dijalankan JIM Sabah.FOTO Ihsan JIM Sabah
ANTARA dokumen palsu yang berjaya dikesan hasil siasatan yang dijalankan JIM Sabah.FOTO Ihsan JIM Sabah
Juwan Riduan

Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah tidak pernah mengeluarkan dokumen dengan arahan pembayaran permit masuk Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengarahnya, Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata, pihaknya ada menerima aduan berkaitan surat bertajuk demikian yang tular.

Katanya, hasil semakan, pihaknya mendapati, semua dokumen itu palsu dan tidak pernah dikeluarkan di Pejabat Imigresen Negeri Sabah.

"JIM Sabah menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket pemalsuan dokumen.

"Orang ramai boleh berhubung terus ke pejabat Imigresen terdekat untuk mendapatkan maklumat tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskan dokumen jabatan ini," katanya pada kenyataan hari ini.

Aduan dan laporan juga boleh disalurkan terus ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Imigresen di http://imi.spab.gov.my.bagi.

"JIM Sabah bersama agensi penguat kuasa lain memohon kerjasama masyarakat, khususnya di Sabah, untuk melaporkan sebarang jenis dokumen Imigresen yang meragukan bagi membendung serta membanteras kegiatan ini.

"Tanggungjawab ini bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan saja, ia juga tanggungjawab rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 April 2022 @ 3:36 PM