RAKAMAN tular memaparkan seorang pekerja kedai serbaneka diacu gergaji kecil oleh seorang lelaki mabuk di Taman Sentosa pada Ahad lalu. FOTO Ihsan Pembaca.
RAKAMAN tular memaparkan seorang pekerja kedai serbaneka diacu gergaji kecil oleh seorang lelaki mabuk di Taman Sentosa pada Ahad lalu. FOTO Ihsan Pembaca.
Norzamira Che Noh


Klang: Lelaki yang menyamun dengan menggunakan gergaji kecil terhadap pekerja kedai serbaneka di Taman Sentosa di sini, Ahad lalu sudah diberkas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki itu ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam, berdekatan Bandar Puteri.

"Suspek berusia 45 tahun itu mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dia turut mengaku melakukan jenayah itu sendirian.

"Difahamkan, suspek berjalan ke Bandar Puteri selepas menyamun dan menggunakan duit tersebut untuk membeli makanan dan arak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman sehingga 25 April untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan remaja perempuan 19 tahun berdepan detik cemas apabila diacu dengan gergaji kecil oleh lelaki yang dalam keadaan mabuk ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka pada 12.08 tengah hari, Ahad lalu.

Berita berkaitan

Detik cemas disamun lelaki mabuk [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 April 2022 @ 2:27 PM