GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Rafidah Mat Ruzki


Putrajaya: Pengembara yang mahu ke negara ini, perlu memuat turun dan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan mengisi borang pra-pelepasan sebelum berlepas.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hantaran melalui media sosial berkata, ia berikutan pengisian borang pra-pelepasan adalah wajib untuk memasuki negara ini.

Hantaran itu turut menyertakan grafik tatacara memuat turun, mengaktifkan dan mendaftar aplikasi MySejahtera dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Berdasarkan kepada grafik itu, pengembara perlu memuat turun aplikasi MySejahtera daripada gedung aplikasi (app store) dan menekan butang 'Daftar Di Sini' untuk mendaftar akaun MySejahtera.

Mereka boleh mendaftar dengan menggunakan nombor telefon atau alamat emel yang sah sebelum memasukkan nombor OTP yang dihantar melaluinya sistem pesanan ringkas (SMS) atau pautan yang dihantar melalui emel yang digunakan ketika mendaftar.

Pengembara kemudian perlu melengkapkan butiran pendaftaran dan menetapkan kata laluan.

Selepas itu, pengembara boleh log masuk dengan nombor telefon dan emel yang berdaftar.

Mereka kemudian perlu klik pautan 'Perlu Dilakukan' dan menjawab semua soalan penilaian.

Pendaftaran selesai sebaik selesai menjawab semua soalan penilaian dan status penilaian kesihatan akan dipamerkan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 3:52 PM