RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular
RAKAMAN yang tular di media sosial. FOTO tular
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Polis membuka kertas siasatan susulan sebuah video yang tular di media sosial memaparkan seorang individu dikasari oleh individu lain di hadapan kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, setakat ini empat saksi dirakam percakapan dan polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil bagi membantu siasatan.

"Video berdurasi 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun tiktok madamluniey melalui pautan http://vt.tiktok.com/zsdyytwer/ yang menunjukkan seorang individu dikasari oleh individu lain di hadapan kedai serbaneka di Jalan Bukit Bintang.

"Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi menjalankan pengesanan ke atas individu yang terbabit sebaik saja klip video itu tular pada 25 Mac lalu," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hazim Hussain di talian 019-7749678 atau IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2022 @ 11:51 PM