GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,293,762 individu atau 36.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,847,758 individu atau 91.5 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,944,865 atau 94.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,595,578 individu atau 66.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula sudah menerima dos penggalak dan 22,947,925 atau 97.5 peratus lengkap vaksinasi, manakala 23,224,065 atau 98.7 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 33,034 dos vaksin sudah diberikan semalam membabitkan 12,567 suntikan pertama, 1,297 suntikan lengkap dan 19,170 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,642,700 dos.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 52 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Selangor merekodkan kematian tertinggi sebanyak 11 kes diikuti Johor dan Kedah masing-masing lapan kes serta Pahang dan Perak masing-masing enam kes.

Pulau Pinang merekodkan empat kes, Kelantan dan Sabah masing-masing dua kes serta masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Terengganu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2022 @ 8:52 AM