LELAKI yang hilang selepas dipercayai terjatuh di laut ketika menaiki sebuah bot ditemui lemas, pagi tadi.
LELAKI yang hilang selepas dipercayai terjatuh di laut ketika menaiki sebuah bot ditemui lemas, pagi tadi.
Juwan Riduan


Kudat: Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika menaiki sebuah bot di Jeti Ko-Nelayan, di sini, ditemui lemas, hari ini.

Mayat mangsa dikenali sebagai Jayson itu ditemui berhampiran Kampung Tampakan, di sini, pada 8 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.03 pagi.

Katanya, kelibat mangsa yang ditemui itu dilaporkan sama dengan identiti bagi laporan kes orang hilang di laut, dua hari lalu.

"Identiti mayat terbabit turut disahkan rakan mangsa dan sepasukan anggota serta pegawai terus dikerahkan bergegas ke lokasi penemuan.

"Bomba membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kehilangan mangsa disedari selepas seorang rakannya ke belakang bot untuk mencarinya, namun gagal melihat kelibat lelaki berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 5:39 PM