Yusmizal Dolah Aling dan Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Umno akan meletakkan 70 peratus muka baharu sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bersandarkan perubahan yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Katanya, ia akan dirunding bersama kepimpinan parti dan ketua bahagian, malah mereka yang termasuk dalam konsep 'Winnable, Acceptable Likeable (Wali) akan dipertimbangkan.

PERWAKILAN Wanita ketika ucapan penggulungan dan penutup di Perhimpunan Agung Umno 2021 di Dewan Merdeka WTCKL. FOTO Eizairi Shamsudin
PERWAKILAN Wanita ketika ucapan penggulungan dan penutup di Perhimpunan Agung Umno 2021 di Dewan Merdeka WTCKL. FOTO Eizairi Shamsudin

"Jangan khuatir Pemuda, Puteri, Wanita lagi jangan khuatir. Insya-Allah pasukan kami (kepimpinan) akan menentukan ketiga-tiga sayap ini akan diberikan tempat," katanya.

Bukan saja kepimpinan parti, beliau turut memberikan jaminan bahawa mereka yang memegang jawatan lain juga turut berpeluang.

"Jangan lupa bukan hanya Ketua Bahagian, Naib… Setiausaha Bahagian juga ada tempat di dalam PRN Johor. Ketua Penerangan pun ada tempat.

"Kalau rezeki tidak pernah salah alamat. Kalau pun kita bukan jawatankuasa bahagian, kita pun akan jadi calon," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2022 @ 8:05 PM