GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Suzalina Halid


Muar: Warga emas dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di sebuah pusat mengundi di daerah ini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa berusia 78 tahun rebah secara tiba-tiba ketika tiba di pusat mengundi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke tempat kejadian.

"Siasatan dijalankan setakat ini tiada membabitkan sebarang unsur jenayah dan mayat dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut," katanya melalui kenyataan, di sini.

Zaharudin berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian.

Beliau berkata, pihaknya  menyeru kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang isu sensitif sebelum mendapat kenyataan rasmi daripada polis.

Katanya, ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif yang boleh mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 7:38 PM