RAKAMAN yang tular. FOTO tular
RAKAMAN yang tular. FOTO tular
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Pemandu lori diburu polis selepas memukul anak tirinya yang berusia lima tahun sehingga rakaman kejadian tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, sebelum video itu tular, polis terlebih dulu menerima laporan daripada ibu kanak-kanak lelaki itu semalam.

Katanya, wanita berusia 25 tahun itu mendakwa anak lelakinya dipukul oleh suami berusia 30 tahun yang baru dikahwininya sebulan lalu.

"Berdasarkan video itu, suspek didapati memarahi mangsa serta bertindak memulas kedua-dua tangan dan menampar mangsa.

"Wanita itu kemudian mempertahankan anaknya daripada terus dipukul suspek dengan memeluk mangsa.

"Suspek sudah kita kenalpasti dan usaha mengesannya sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, video kanak-kanak lelaki ditampar dan dipulas tangan oleh seorang lelaki tular di media sosial.

Menerusi video berkenaan, ibu mangsa tampil menghalang tindakan lelaki itu dengan memeluk anaknya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2022 @ 11:44 AM