LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Pemandu lori yang memukul anak tirinya berusia lima tahun di Taman Sri Muda, dekat sini, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, tengah malam tadi.

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Shah Alam pada jam 12.30 tengah malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, berdasarkan siasatan, kejadian dipercayai berlaku ekoran kanak-kanak itu berbohong bahawa bapa tirinya itu memukulnya.

"Ini menyebabkan suspek marah sebelum menampar anak tirinya.

"Tiada kelihatan sebarang kesan kecederaan pada kanak-kanak itu namun mangsa sudah dirujuk kepada hospital untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, media melaporkan pemandu lori itu diburu selepas satu rakaman video dia menampar serta memulas tangan kanak-kanak lelaki tular di media sosial.

Satu laporan polis turut dibuat seorang wanita berusia 25 tahun iaitu ibu kepada kanak-kanak itu berhubung tindakan suaminya.

Berita berkaitan

Pemandu lori pulas tangan, tampar anak tiri diburu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2022 @ 11:01 AM