MAE merupakan aplikasi M2U MY yang dinaik taraf bagi membantu pengguna menguruskan kewangan perbankan mereka. - FOTO Maybank
MAE merupakan aplikasi M2U MY yang dinaik taraf bagi membantu pengguna menguruskan kewangan perbankan mereka. - FOTO Maybank
Nur Amirah Abd Rani

TREND pembayaran tanpa tunai atau e-dompet kini semakin menjadi pilihan pengguna dalam urusan jual beli berikutan kaedah pembayaran yang lebih efisien, selamat, dan menjimatkan masa.

Berita baik buat pengguna, institusi perbankan terkemuka Malayan Banking Berhad (Maybank), berbesar hati menawarkan ganjaran baucar Shopee bernilai sehingga RM1,000!

Pelanggan berpeluang menerima ganjaran ini apabila mereka melakukan transaksi FPX, pindahan wang atau DuitNow melalui MAE, M2U MY atau laman web, Maybank2u. 

Cara mudah menang baucar Shopee RM1,000

Untuk merebut peluang memenangi baucar Shopee bernilai RM1,000, pengguna boleh memanfaatkan beberapa kaedah seperti di bawah:

(a) Daftar ID DuitNow

Image

Pengguna boleh mendaftar ID DuitNow anda buat kali pertama dengan Maybank melalui MAE, M2U MY atau laman web, Maybank2u.

Tahukah anda, dengan langkah mudah ini anda akan memperoleh 10 peluang terkumpul untuk berpeluang memenangi baucar Shopee bernilai RM1,000!

Melalui DuitNow, pengguna boleh melakukan pindahan wang kepada sesiapa sahaja hanya dengan nombor telefon mereka. 

(b) Pemindahan Wang atau DuitNow

Image

Selain itu, bagi setiap transaksi pemindahan wang atau DuitNow, anda mempunyai satu peluang untuk memenangi baucar Shopee RM1,000. 

Ciri pemindahan wang pada platform digital Maybank seperti MAE, M2U MY atau laman web Maybank2u turut membolehkan pengguna untuk simpan sebagai kegemaran nombor akaun penerima untuk transaksi yang lebih pantas pada masa hadapan.

Image

Pengguna hanya perlu menekan pilihan kegemaran untuk melakukan pindahan wang dengan mudah tanpa perlu bazir masa untuk mengisi nombor akaun setiap kali ingin melakukan pindahan wang pada individu sama. 

(c) Bayar kad atau pembiayaan Maybank

Image

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh membuat pembayaran pinjaman dan kad kredit anda dengan MAE, M2U MY atau laman web Maybank2u.

Bagi setiap satu transaksi yang dibuat untuk membayar kad atau pinjaman menerusi Maybank, anda akan menerima satu peluang untuk menang. 

Jadi, lebih banyak kali anda membayar komitmen anda dan melakukan transaksi dalam talian dengan Maybank, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi. 

(d) FPX 

Image

Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan transaksi FPX dengan Maybank dimana anda membuat pembelian secara bayaran dalam talian, seperti membeli belah, membayar bil. 

Setiap kali anda membeli belah atau melakukan transaksi FPX dengan Maybank secara dalam talian, anda akan mendapat satu peluang untuk menang! 

Bukan pengguna Maybank juga boleh nikmati ganjaran!

Mulakan perjalanan pembiayaan peribadi anda, dan nikmati pengalaman perbankan dalam talian yang lancar dan selamat. 

Lebih banyak transaksi anda lakukan setiap hari, lebih tinggi peluang anda memenangi baucar Shopee RM1,000 ini dengan gabungan transaksi melalui pemindahan wang, DuitNow, membayar kad atau pinjaman dan FPX!

Tiada akaun Maybank? Jangan risau, muat turun sahaja aplikasi MAE dan nikmati kemudahan serta ganjaran setiap kali anda berurus niaga dengan aplikasi MAE, anda boleh memenangi sesuatu. Daftar MAE sekarang!

Apa itu MAE? 

Image

MAE merupakan aplikasi M2U MY yang dinaik taraf, pengguna bukan sahaja dapat menikmati ciri baharu yang dipertingkatkan bagi membantu menguruskan kewangan perbankan, malah urusan seharian seperti pesanan dan penghantaran. 

Pengguna kini boleh menjejak perbelanjaan, Makan Mana Wheel dan membahagikan dana bulanan secara automatik menggunakan aplikasi MAE. 

Bagi pengguna sedia ada, jangan risau kerana anda masih boleh menikmati semua ciri M2U daripada aplikasi Maybank2u MY dalam aplikasi MAE.

Selain itu, MAE turut memberi kemudahan kepada pengguna baharu dan sedia ada yang mana pelanggan tidak perlu menambah nilai seperti aplikasi e-dompet lain.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang Maybank.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Julai 2022 @ 2:42 PM