Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Seramai 2,846 orang daripada 808 keluarga masih berada di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di Terengganu.

Ia menyaksikan jumlah mangsa banjir di Terengganu semakin beransur pulih.

Malam tadi, seramai 5,112 orang daripada 1,272 keluarga masih berada di 20 PPS.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, daerah Hulu Terengganu dan Dungun masih terjejas akibat bencana banjir.

Di Hulu Terengganu, 12 PPS masih aktif bagi menempatkan 2,538 mangsa membabitkan 736 keluarga.

Ia menunjukkan penurunan berbanding jam 10 malam apabila 16 PPS dibuka bagi menempatkan seramai 4,804 orang daripada 1,200 keluarga.

Di Dungun, seramai 308 mangsa daripada 72 keluarga masih berada di empat PPS.

PENDUDUK membersihkan kawasan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Bukit Gemuruh. FOTO Ghazali Kori.
PENDUDUK membersihkan kawasan rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Bukit Gemuruh. FOTO Ghazali Kori.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 11:05 AM