Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
Nur Izzati Mohamad


Nibong Tebal: Polis menahan 10 individu termasuk empat wanita yang dipercayai terbabit dalam kegiatan memberi pinjaman wang secara dalam talian di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, semua suspek berusia 18 hingga 30 tahun itu ditahan dalam serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya dan IPD Seberang Perai Selatan yang menggerakkan Op Vulture, semalam

Katanya, pemeriksaan pada 4.30 petang di premis itu turut menemui peralatan elektronik termasuk komputer riba dan telefon bimbit digunakan untuk kegiatan berkenaan.

"Premis disyaki dijadikan 'call centre' untuk kegiatan memberi pinjaman tanpa lesen dan mengutip hutang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, semua peralatan dirampas dan suspek disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2022 @ 1:09 AM