PERANG bendera pelbagai parti sekitar Felda Medoi. FOTO Ahmad Ismail
PERANG bendera pelbagai parti sekitar Felda Medoi. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail

Segamat: Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin dirasai apabila kempen memasuki hari kelima selepas proses penamaan calon, Sabtu lalu.

Tinjauan mendapati suasana kempen yang tidak begitu rancak pada tiga hari pertama kini mulai meriah antaranya deretan bendera mewakili pelbagai parti mula di pasang di sekitar daerah ini.

Jentera kempen pelbagai parti politik yang bertanding mula memperhebatkan kerja menggantung dan memasang poster, kain rentang serta logo parti masing-masing.

Petugas dan Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) jentera Parti Barisan Nasional (BN) di Felda Medoi, Mohamad Md Jidi, 43, berkata, mereka mula memasang bendera serta logo parti sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Ia terutama di kawasan strategik seperti di laluan utama dan kawasan tumpuan ramai.

"Strategi kejutan poster dalam pelbagai versi tarikan terutamanya di waktu malam sudah ada, tunggu nanti kita buat.

"Kita mula awal (pasang bendera) kerana mahu dapatkan tempat paling strategik dan tempat yang sering dilalui orang ramai. Kita juga mahu dapatkan tempat sebelum parti lawan datang ke lokasi itu," katanya ditemui di Bilik Gerakkan PDM Felda Medoi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun)Pemanis, disini.

Dun Pemanis bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PKR dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang),

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 10:44 AM