PETUGAS kesihatan mengambil sampel bagi ujian saringan Covid-19. FOTO Bernama.
PETUGAS kesihatan mengambil sampel bagi ujian saringan Covid-19. FOTO Bernama.
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Kelantan terus mencatat kes Covid-19 empat angka dengan 1,222 kes dilapor semalam dengan 253 kes membabitkan varian baharu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zaini Hussin berkata, 37 kes adalah varian Omicron, 189 kes varian Delta, manakala 27 kes (Beta).

Katanya, 31 daripada 37 kes Omicron itu adalah sporadik dengan enam kes terbabit dengan kluster.

"Penularan varian Omicron ini amat membimbangkan, namun ia terkawal berikutan pesakit menjalani kuarantin kendiri yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Pada masa sama, kontak rapat juga mengambil tanggungjawab apabila membuat ujian saringan termasuk yang tidak mempunyai gejala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Zaini turut memaklumkan dua kluster baharu yang juga kluster pendidikan dikesan iaitu Kluster Beta Hulu di Kota Bharu (30 kes) dan Kluster Kampung Gatal, Kuala Krai (23 kes).

Katanya, keseluruhan kluster pendidikan negeri itu berjumlah 36.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 5:14 PM