Seramai 78 pelanggan dan seorang pengurus premis pusat hiburan dikompaun RM79,000 kerana melanggar Pelan Pemulihan Negara (PPN) (Fasa 4), di Jalan Telawi 2, Bangsar, di sini, semalam.
Seramai 78 pelanggan dan seorang pengurus premis pusat hiburan dikompaun RM79,000 kerana melanggar Pelan Pemulihan Negara (PPN) (Fasa 4), di Jalan Telawi 2, Bangsar, di sini, semalam.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Seramai 78 pelanggan dan seorang pengurus premis pusat hiburan dikompaun RM79,000 kerana melanggar Pelan Pemulihan Negara (PPN) (Fasa 4), di Jalan Telawi 2, Bangsar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Syukor berkata, pihaknya menyerbu premis yang beroperasi tanpa lesen pada jam 11.30 malam.

"Hasil serbuan turut mendapati premis terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) PPN sebelum tindakan kompaun dikeluarkan.

"Pemeriksaan ujian air kencing juga dijalankan dan dua daripadanya didapati positif dadah dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Amihizam berkata, pihaknya turut merampas resit jualan, komputer riba, aksesori muzik, pembesar suara dan mikrofon.

"Premis ini beroperasi sebagai premis yang menjual makanan dan minuman keras kepada pelanggan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952 dan Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Februari 2022 @ 3:15 PM