Polis mengangkat mangsa yang ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya sendiri dalam kejadian di Paya Terubong, Georgetown. FOTO Mikail Ong.
Polis mengangkat mangsa yang ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya sendiri dalam kejadian di Paya Terubong, Georgetown. FOTO Mikail Ong.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Polis mengesahkan terdapat 34 kesan tikaman pada badan wanita yang dibunuh suaminya di sebuah apartment di Paya Terubong di sini, semalam.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang terhadap mangsa yang berusia 46 tahun itu, hari ini.

"Terdapat sebanyak 34 tikaman pada badan mangsa," kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan, ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, di sini, hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang lelaki dipercayai menikam isterinya dengan sebilah pisau sehingga mati sebelum terjun dari rumah mereka di tingkat 12.

Dalam kejadian pada 7.38 pagi itu, lelaki berusia 54 tahun berkenaan kemudiannya ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran parkir.

Pemeriksaan di dalam rumah lelaki itu menemukan mayat wanita iaitu isteri mangsa yang terbaring di atas katil dalam keadaan sudah tidak bernyawa selain sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Kejadian disyaki berpunca daripada perselisihan faham dan pergaduhan suami isteri berkenaan.

Berita berkaitan:

  • Tikam isteri sampai mati sebelum terjun tingkat 12 [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Februari 2022 @ 4:56 PM