GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Isteri mangsa bunuh di Kampung Desa Makmur, Majidee, di sini, ditahan reman selama seminggu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, wanita berusia 30-an itu direman mulai hari ini sehingga 9 April depan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing menunjukkan wanita itu didapati positif dadah.

"Suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan di hadapan sebuah rumah setinggan tidak bernombor di Kampung Desa Makmur, semalam.

Pemeriksaan polis menjumpai sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

Polis menahan isteri mangsa bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan

  • Dengar orang menjerit minta tolong
  • Lelaki ditemukan mati dengan kesan kelar, isteri disiasat
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 4:43 PM