FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan di Sarawak membabitkan Sri Aman, Sibu, Selangau, Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri.

Di Sabah pula melibatkan kawasan Pantai Barat iaitu Tuaran dan Kota Belud.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Februari 2022 @ 3:53 PM