FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Fadhilah Mazlan


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sehingga 6 petang hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia di aplikasi Telegram, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir yang dijangka berlaku melebihi sejam.

Kenyataan itu menjelaskan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kedah membabitkan Kubang Pasu, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pulau Pinang ialah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

MetMalaysia berkata, di Perak membabitkan Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu ialah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Selain itu, di Pahang membabitkan Cameron Highlands, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Selangor ialah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru

Di Sarawak membabitkan Sri Aman, Betong, Pakan, Sarikei, Meradong, Sibu, Selangau, Mukah, Miri dan Subis manakala di Sabah pula ialah Pantai Barat, Papar, Putatan, Penampang, Sandakan dan Kinabatangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2022 @ 3:27 PM