Sepupu Kamarulzaman Mohamed Fauzi@Jazuli, Saloha Adlan, 27  yang  bekerja di  Korea Selatan  menunjukkan gambar Kamarulzaman sedang menerima rawatan di hospital  Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju, Korea Selatan. FOTO Saloha Adlan
Sepupu Kamarulzaman Mohamed Fauzi@Jazuli, Saloha Adlan, 27 yang bekerja di Korea Selatan menunjukkan gambar Kamarulzaman sedang menerima rawatan di hospital Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju, Korea Selatan. FOTO Saloha Adlan
RoselanAb Malek


Jerantut: Kamarulzaman Mohamed Fauzi @ Jazuli, 50, yang koma di Korea Selatan, memerlukan RM350,000 untuk menampung kos perubatannya di sana.

Perkembangan terbaru itu disampaikan oleh anaknya sulungnya, Muhammad Zafifi Kamarulzaman, 28, dari Kampung Batu Balai di sini kerana ayahnya kini telah dipindahkan ke hospital baharu.

Menurutnya, ayahnya kini sudah seminggu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Cheongju, Korea Selatan setelah dipindahkan dari Hospital Hyosungdi Cheongju.

"Saya dimaklumkan jumlah keseluruhan kos perubatan ayah di hospital itu termasuk pembedahan bagi tempoh 20 hari rawatan adalah sebanyak RM350,000.

"Saya difahamkan ayah kini di tempatkan di ICU dan tiada siapa dibenarkan untuk melawat ayah di sana termasuklah sepupu ayah yang dari awal memberikan perkembangan tentang ayah di sana," katanya.

Muhammad Zafifi berkata, doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh dua minggu lagi ayahnya akan menjalani pembedahan 'trakeostomi' iaitu pembedahan untuk menebuk bukaan pernafasan.

"Setakat ini, itulah perkembangan yang saya dapat mengenai ayah. Saya difahamkan pembedahan membuang darah beku di kepala ayah masih tidak dapat dilakukan kerana ia rumit," katanya.

Katanya, kos rawatan RM 11,000 sebelum ini adalah untuk bayaran bil sehari di Hospital Hyosung selepas Kamarulzaman didapati tidak sedarkan diri di rumah sewanya di Korea Selatan.

"Ayah pengsan di kediamannya dan terus dihantar ke hospital di situ disebabkan pembuluh darah pecah selain terdapat darah beku di bahagian kepala.

"Bagaimanapun bil terbabit masih belum dijelaskan kerana dipindahkan ke hospital kedua kerana hospital itu tidak merawat pesakit yang ada Covid-19.

Muhammad Zafifi berkata dia berhasrat untuk ke sana bagi membawa pulang ayahnya dan difahamkan kos untkuk pergi dan balik adalah sekitar RM10,000.

Tambahnya, sehingga kini pihaknya sudah menerima sumbangan RM 26,000 dari orang ramai dan tidak termasuk pemberian dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rusdy, semalam.

Sementara itu, sepupu bapanya, Saloha Adlan, 27, yang bekerja di sana ketika dihubungi berkata, mereka masih belum membayar bil hospital pertama berjumlah RM 11,178.

"Tetapi saya sudah membayar pendahuluan bil hospital kedua pada 24 Januari lalu berjumlah RM 12,560 menggunakan gaji Kamarulzaman sendiri.

"Doktor di sini menjangkakan ia kos rawatan akan meningkat kepada RM 350,000 atau lebih bergantung kepada jenis rawatannya, termasuk kuarantin dua minggu serta pembedahan," katanya.

Orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Muhammad Zafifi di talian 0148101377 .

Berita berkaitan:

  • MB Pahang sumbang RM10,000 buat Kamarulzaman
  • Baru 1 malam dirawat, bil sudah cecah RM11,000 [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 January 2022 @ 4:23 PM