FADLUN (tengah) menerima sijil pengiktirafan daripada Lee. FOTO Ihsan PPj.
FADLUN (tengah) menerima sijil pengiktirafan daripada Lee. FOTO Ihsan PPj.
Samadi Ahmad


Putrajaya: Tangga Putrajaya di Taman Putra Perdana, Presint 1 di sini menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Tangga Terpanjang Di Taman Awam dan Pemetaaan Pencahayaan Terbesar.

Pengiktirafan terhadap ikonik baharu itu menyerlahkan lagi kedudukan Putrajaya dalam industri pelancongan negara.

Perbadanan Putrajaya (PPj) berkongsi penyampaian satu daripada sijil berkenaan dalam Facebook rasminya, semalam. Ia disampaikan Sekretariat MBOR Lee Pooi Leng kepada Naib Presiden Kanan PPj Datuk Fadlun Mak Ujud.

Pemetaan cahaya Tangga Putrajaya pada setiap malam bermula 26 Januari lalu hingga 28 Februari, simbolik untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2022.

Tangga Putrajaya dibuka 5 Januari lalu, berketinggian 30 meter dan mempunyai 250 anak tangga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 January 2022 @ 10:23 AM