Dato Henry Sum Agong (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TDA, YBhg. Dr. Sharoul Jambari (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim (tiga dari kiri) ketika sesi walkabout di UniKL MIDI semasa Majlis Penyerahan Model Koc Keretapi kepada Universiti Kuala Lumpur. FOTO Ihsan UniKL MIDI dan TDA
Dato Henry Sum Agong (dua dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TDA, YBhg. Dr. Sharoul Jambari (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, YBhg. Datuk Mohd Zarif Hashim (tiga dari kiri) ketika sesi walkabout di UniKL MIDI semasa Majlis Penyerahan Model Koc Keretapi kepada Universiti Kuala Lumpur. FOTO Ihsan UniKL MIDI dan TDA
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI) semalam menerima model koc kereta api menerusi Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi tujuan penyelidikan dan latihan.

Technology Depository Agency Berhad (TDA) dan UniKL MIDI dalam kenyataan bersama hari ini berkata, syarikat pembekal komponen dalaman tren MRT Laluan Putrajaya, KTK Group (China) melalui syarikat usaha sama KTK DOM Railway Sdn Bhd bertindak sebagai penyedia ICP.

"Sebagai penyedia ICP syarikat berkenaan melaksanakan pemindahan teknologi iaitu penyerahan model koc kereta api kepada penerima ICP iaitu UniKL MIDI di bawah inisiatif program ICP yang dikawal selia oleh TDA dengan kerjasama MRT Corporation selaku agensi pemerolehan.

"Model koc kereta api yang diserahkan lengkap dengan komponen dalaman serta sistem maklumat penumpang.

"Ia akan digunakan bagi tujuan penyelidikan dan latihan bukan sahaja kepada penuntut di UniKL MIDI melalui pengajian Bachelor Engineering Technology in Railway System, Bachelor Engineering Technology in Manufacturing System, Bachelor Engineering Technology in Industrial Design dan Bachelor Engineering Technology in Product Design tetapi juga ditawarkan kepada pihak agensi yang berkepentingan dan pemain industri rel," katanya.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong.

Katanya, pelaksanaan inisiatif ICP oleh TDA yang dicetuskan melalui perolehan seperti MRT Laluan Putrajaya akan memastikan impak dan keberhasilan memberi faedah kepada pembangunan keupayaan sektor rel negara supaya lebih berdaya saing dan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan aspirasi kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 6:44 PM