Nurshafika Suhaimi

Sejak beberapa tahun ini, fotografi mudah alih menggunakan telefon pintar menjadi pilihan utama dan semakin popular dalam kalangan 'kaki fotografi' untuk mengambil gambar berkualiti tinggi.

Malah, jika dilihat saban tahun pasti jenama-jenama besar berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar dengan prestasi kamera terbaik.

Memahami trend semasa, jenama vivo tampil memperkenalkan siri vivo X terbaharu yang hadir dengan Sistem Pengimejan Kamera Telefoto Terapung 50MP ZEISS APO bagi memenuhi keperluan 'kaki fotografi'.

Apa menarik siri kali ini?

Tersedia dalam dua varian, vivo X100 Pro dan X100 hadir dengan kamera utama 50MP ZEISS 1 inci, Kamera Telefoto Terapung 50MP ZEISS APO dan sudut ultra-lebar 50MP yang berkuasa menampilkan lensa Vario-Apo-Sonnar baharu daripada ZEISS.

Dengan salutan ZEISS T* yang dipertingkatkan pada lensa X100, ia dapat mengurangkan pantulan cahaya di dalam kamera utama semasa fotografi waktu malam sekali gus menghasilkan imej terang walaupun pada cahaya malap.

Malah, teknologi salutan anti-reflektif ini turut meningkatkan penghantaran cahaya, memastikan pembiakan warna yang tepat 20 peratus lebih baik serta mengurangkan silau.

Menariknya, kanta kamera dengan salutan anti-reflektif yang canggih ini jarang diguna pakai dalam telefon pintar lain, namun X100 adalah salah satu daripadanya. 

Untuk menambah kualiti imej, vivo X100 Pro dilengkapi dengan kamera telefoto 50MP Zeiss Apo memaparkan aperture f/2.5 yang membolehkan lensa Kamera Telefoto Terapung APO beralih dari mod foto ke mod ultra-seluruh secara dinamik, memudahkan memberi tumpuan kepada subjek pada jarak yang berbeza.

Hasilnya, imej akan kelihatan hebat dengan jelas dan terperinci walaupun pada jarak dekat ataupun tahap zum meluas sehingga 4.3x, dengan zoom digital mencapai sehingga 100x.

Oleh kerana reka bentuk inovatif, X100 Pro adalah telefon pintar pertama di dunia yang dianugerahkan pensijilan APO untuk sistem pengimejan mudah alihnya, sekali gus mentakrifkan semula piawaian dalam industri telefon pintar.

Image

Lebih hebat lagi, vivo X100 Pro dapat mengambil imej matahari terbit dan matahari terbenam yang menakjubkan berbanding telefon pintar yang lain.

Menambah kepelbagaiannya, peranti ini turut memperkenalkan beberapa ciri seperti mod makanan dan mod Astro, yang menampilkan mod Planetarium AR dan Handheld Astro, khas buat pengguna yang minat kepada astronomi.

Apabila kamera planetarium AR ditunjuk ke arah langit malam, imej bintang dan buruj boleh ditangkap dengan mudah tanpa pencemaran cahaya.

Selain itu, siri X100 ini dilengkapi gabungan cip mercu MediaTek Dimensity 9300 dan V3 Chip yang membolehkan pengguna menikmati video cinematik berkualiti 4K seperti di pawagam.

Untuk model vivo X100 Pro, ia direka dengan cip Vivo V3 terbaru, manakala X100 mempunyai cip Vivo V2. 

Sementara itu, Dimensity 9300 pula mempunyai CPU octa-core utama yang memberikan rangsangan besar dalam prestasi berbanding dengan pendahulunya.

Dengan Game Super Resolution, X100 Pro menawarkan pengalaman visual yang lebih baik.

Walaupun dengan semua teknologi berat digunakan, ISP V3 menggunakan sehingga 30 peratus kuasa kurang ketika proses ini dilakukan oleh Dimensity 9300 SoC. 

Kesannya, bateri BlueVolt 5,400mAh akan bertahan lebih lebih lama.

Pengguna juga tidak perlu bimbang untuk penggunaan lama kerana siri X100 ini menggunakan teknologi pengecasan pantas 100W Super FlashCharge yang berkeupayaan mengecas penuh bateri berkapasiti 5,400mAh dalam masa 33 minit sahaja.

Bahkan, bateri yang tinggal 10 peratus  masih boleh digunakan sehingga 1 jam lamanya. 

Reka bentuk premium dan lasak

Image

Dari segi rekaan, vivo X100 Pro ini didatangkan dengan rekaan yang begitu unik dengan estetika tekstur berkilauan seperti bintang serta cincin di sekitar kamera yang menggambarkan reka bentuk Sun Halo diinspirasikan daripada bulan, bintang dan matahari.

Rekaan seperti ini sememangnya menjadikan keseluruhan rekaan vivo X100 Pro ini tampak anggun, eksklusif, unik dan cukup sempurna. 

Siri vivo X100 kali hadir dalam dua pilihan warna iaitu Startrail Blue dan Asteroid Black yang pasti menambahkan lagi keterujaan pengguna. 

Dengan segala prestasi mengagumkan, siri vivo X100 pasti menjadi pilihan terbaik buat mereka 'kaki fotografi'.

Rakyat Malaysia kini boleh dapatkan vivo X100 pada harga RM3499 untuk storan 16GB+512GB dan RM4599 untuk varian Premium vivo X100 Pro pada konfigurasi storan yang sama.

Pelanggan yang berminat boleh menempah peranti mereka di sini dan alami pengalaman inovasi, kuasa, dan gaya terkini dengan siri vivo X100.

Image

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Februari 2024 @ 11:34 AM