GAMBAR hiasan. DUN Johor. FOTO ihsan Medkom
GAMBAR hiasan. DUN Johor. FOTO ihsan Medkom
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Suhaizan Kaiat mengesahkan sudah menerima watikah pembubaran Dun daripada Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, pagi tadi.

Suhaizan berkata, watikah berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pejabatnya, petang ini.

"Ya, saya sudah terima watikah pembubaran Dun Johor pagi tadi.

"Pada jam 4 petang ini media dijemput menyaksikan penyerahan Warta Pemasyuran Pembubaran Dun Johor di Pejabat Speaker, di Iskandar Puteri," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran Dun berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Ia selepas Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, diperkenan menghadap Sultan Johor bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN di Istana Bukit Serene, di sini, pada 5 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 January 2022 @ 3:07 PM