ANGGOTA Polis sudah membenarkan orang ramai memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman. FOTO Fathil Asri
ANGGOTA Polis sudah membenarkan orang ramai memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman. FOTO Fathil Asri
JALAN Bangsar di kedua-dua arah mula dibuka semula. FOTO Fathil Asri/Hazreen Mohamed/Halim Salleh
JALAN Bangsar di kedua-dua arah mula dibuka semula. FOTO Fathil Asri/Hazreen Mohamed/Halim Salleh
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Jalan Bangsar di kedua-dua arah mula dibuka untuk laluan awam bermula 1 tengah hari ini.

Ia dibuka semula selepas dilencongkan bermula 7 pagi tadi susulan penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki yang berlangsung di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, 11 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, enam jalan yang ditutup sekitar pusat bandar bermula 7 pagi tadi dibuka secara berperingkat bermula 10.30 pagi hingga 11 pagi tadi.

"Tiada perhimpunan berlangsung di sekitar pusat bandar (daerah Dang Wangi) dan tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan beberapa laluan menuju ke Jalan Bangsar, di dilencongkan susulan penganjuran perhimpunan #TangkapAzamBaki yang ditukar ke lokasi berkenaan malam tadi.

Lencongan jalan itu membabitkan Jalan Bangsar, susur Jalan Bangsar Utama, Jalan Travers menuju ke Jalan Bangsar, Jalan Rakyat menuju ke Jalan Bangsar dan Jalan Maarof menuju ke Jalan Bangsar bermula jam 7 pagi tadi hingga perhimpunan selesai.

Semalam, media melaporkan penutupan enam jalan menghala ke pusat bandar serta 24 stesen tren LRT, monorel, KTM bermula 7 pagi tadi.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 1:17 PM