JENAZAH dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Permatang. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
JENAZAH dikebumikan di Perkuburan Islam Kampung Permatang. FOTO AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Suasana pilu menyelubungi pengebumian jenazah wanita yang maut selepas kepala dipenggal oleh anak kandung di Perkuburan Islam Kampung Permatang, di sini, petang ini.

Jenazah Allahyarham yang berusia 56 tahun selamat dikebumikan kira-kira jam 5.20 petang.

Kira-kira 100 ahli keluarga dan sanak saudara menghadiri pengebumian berkenaan.

Ahli keluarga turut meminta media yang hadir untuk tidak merakamkan sebarang gambar dan video bagi menghormati keluarga.

Terdahulu, van yang membawa jenazah Allahyarham tiba dari Hospital Sungai Buloh kira-kira 4 petang tadi dan dibawa ke Surau An Nur, Kampung Baru Pasir Penambang untuk disembahyangkan.

Semalam, media melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya.

Suspek berusia 28 tahun direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 7:35 PM