MAYAT bayi perempuan ditemui di Blok A Flat Danau Kota Setapak. FOTO Ihsan Penduduk Flat Danau Kota
MAYAT bayi perempuan ditemui di Blok A Flat Danau Kota Setapak. FOTO Ihsan Penduduk Flat Danau Kota
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Bedah siasat mayat bayi perempuan masih bertali pusat yang ditemukan di Blok A Flat Danau Kota, Setapak, di sini, akan dijalankan esok.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bedah siasat akan dijalankan esok bagi mendapatkan punca kematiannya.

"Siasatan masih dijalankan dan sedang mengenal pasti suspek yang terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan mayat bayi perempuan berusia sehari ditemui sebelah plastik sampah dalam keadaan tertiarap di kawasan rumput dan beralaskan papan kayu.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 5:52 PM