RAKAMAN gambar dari udara berkenaan situasi semasa banjir yang melanda sekitar Pengkalan hari ini.
RAKAMAN gambar dari udara berkenaan situasi semasa banjir yang melanda sekitar Pengkalan hari ini.
Nuraliawati Sabri


Melaka: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan beberapa sungai di negeri ini menunjukkan trend peningkatan sehingga ada yang mencapai paras bahaya susulan hujan berterusan sejak petang semalam.

JPS dalam kenyataan melaporkan paras air di Stesen Sungai Melaka Batu Hampar berada pada tahap bahaya pagi tadi iaitu 2.48 meter, melepasi aras bahaya 2 meter yang ditetapkan.

Di stesen Sungai Duyong pula paras air berada pada tahap amaran dan dikesan menaik 1.62 meter, menghampiri aras bahaya 1.80 meter seperti yang ditetapkan.

JPS turut memberi amaran waspada kepada Sungai Kesang di Jasin dan Cheng yang juga menunjukkan trend peningkatan aras air.

Sementara itu, susulan peningkatan paras air sungai, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menghentikan sementara Operasi Melaka River Cruise.

Penutupan sementara operasi itu bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih dan berada dalam keadaan selamat untuk bot digerakkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 2:14 PM