TIGA lelaki yang memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila di tahan dalam Operasi Bersepadu Ambang Krismas, di Jalan Sungai Ujong dan Jalan Lingkaran-Permai berhampiran Chemara Hills. FOTO Ihsan PDRM
TIGA lelaki yang memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila di tahan dalam Operasi Bersepadu Ambang Krismas, di Jalan Sungai Ujong dan Jalan Lingkaran-Permai berhampiran Chemara Hills. FOTO Ihsan PDRM
Ahmad Hasbi

Seremban: Tiga lelaki memandu mabuk ditahan, manakala 23 saman Polis Diraja Malaysia serta 26 Notis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Ambang Krismas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, operasi dijalankan di Jalan Sungai Ujong dan Jalan Lingkaran-Permai berhampiran Chemara hills membabitkan 14 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Daerah Seremban dengan kerjasama anggota JPJ.

"Tiga lelaki masing-masing berusia 51, 53 dan 64 tahun ditahan kerana memandu dan menunggang di bawah pengaruh alkohol dan mereka disiasat mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Hasil operasi juga mengeluarkan 23 saman polis dan 26 notis JPJ telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan hasil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, pihaknya tidak menghalang individu untuk meraikan sesuatu perayaan, namun mesti mematuhi peraturan dan undang-undang.

Katanya, tindakan memandu mabuk juga adalah serius kerana boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 3:33 PM